apa hukum tgk wayang...
confius?????
ade beberapa pendapat yg dia ambil dr coment ustaz dlm iluvislam...
ustaz 1: Panggung wayang adalah benda baru dan tidak ada nas yang mengharamkan panggung wayang. Namun sesuatu yang tidak diharamkan lizatihi ( kerananya ) berkemungkinan diharmkan lighoiri ( disebabkan hal-hal yang mendatang ). Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya.
Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-
1. Cerita yang ditayangkan
2. Kedudukan yang bercampur
3. Fitnah ( tajuk yang luas dan perlu diperincikan )
Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan .
ustaz 2: Adapun menonton wayang tu apa asalnya adalah harus. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan dll) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.
Kesimpulannya: Jika menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan. Hal ini sama juga seperti perbincangan menoton tv.
Saya rasa cukup dahulu perbincangan mengenai hukum menonton wayang ini. Kalau sahabat-sahabat semua mempunyai persoalan yang masih samar - sila PM saya untuk sama-sama kita membincangkannya. InsyaAllah.
my opinion:hukum tgk wyg x salah disisi islam.ia bergantung kepada niat masing2..tetapi kita kna tgk jugak faktor2 yg menyebabkan hukum tgk wyg itu haram..
tapi jika perempuan mungkin x digalakkan lah sbb perempuan tidak elok keluar mlm..hihihi
tibe nk tergelak..sbb smlm aku kuar gak..siap g tgk org berkaroke lg..tp aku x karoke..masyaAllah....
ok kesimpulannnya tgk wyg x haram jika bertepatan dgn syariat islam..
wassalam...
sekadar perkongsian..
No comments:
Post a Comment