Sunday, February 28, 2010

siapa yg hrus d prsalahkan???

PUTRAJAYA: “Kalau dilahirkan hanya untuk dihina, dicaci dan ditipu masyarakat, lebih baik kami dibiarkan mati saja. Kadang-kadang saya rasa ada baiknya juga bayi dibuang ibu bapa itu meninggal dunia supaya dia tidak perlu menghadapi kesukaran hidup seperti yang saya alami kini,” luah seorang ‘anak tong sampah’ yang hanya mahu dikenali Khairul, 23.

Khairul yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab, Pahang, mengakui sepanjang 23 tahun memegang status anak ‘terbuang’, kehidupannya tidak pernah bahagia, malah sentiasa menerima ujian dan cabaran sehingga ada kalanya dia sendiri tidak mampu menanggungnya

“Kenapa JKM mengutip puluhan anak terbuang, tapi selepas 18 tahun dibebas dan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri. Kalau perkara ini tidak ditangani, perkara sama akan berlaku dan anak yang dikutip ini akan menimbulkan masalah pada masyarakat.

“Justeru, pihak terbabit perlu memikirkan pendekatan terbaik yang boleh diambil bagi membantu golongan seperti kami. Kami tak mahu terus ditindas selama-lamanya sebab kami juga berhak hidup bahagia walaupun ibu bapa membuang kami sejak kecil,” katanya.


1 comment:

haziq said...

slah cek helwa r..
hoho..
ape r.. da slamatkn mntk dbiarkn plak..
x brsykur.. x sume orng pndng hina cam 2..