Saturday, May 23, 2009

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
. “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Monday, January 5, 2009

apabila kau berteman,janganlah kerana kelebihanya,
kerana mungkin dengan 1kelemahanya kau akn menjauhinya.....
andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikanya,kerana 1 keburukannya kau akn membencinya........
andai kau ingin bersahabat,janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kau mungkin akn menfitnahnya.....
andai kau ingin berkawan,janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia x ceria,mungkin kau akn menyalahkannya....
andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanaya,
kerana dia adalah manusia biasa.....
bersahabatlah denagn ikhlas kerana ALLAH.....

Saturday, January 3, 2009

Ssorg tdak akn gagal,
Slagi ia serius brusaha,
Sgala urusan yg sulit @ yg remeh
Dpt ditangani dgn baik.

Org yg memiliki prinsip
adlh org yg tdak hnya mnerima perintah
nmun ia punyai orientasi sndiri
& mmiliki visi yg jelas.

Itulah org pillhan
Yg hidup bkn sbg pencundang.

Meski ksempatan tlh ttutup bginya
Smangat didlm dada akn ttp terus bkobar.
Saat demi saat berlalu, setitis demi setitis darah saudara kita yang berada di Palestin, Iraq, dan Afghanistan ditumpahkan. Segolongan besar tidak sedar akan hal ini, dan apa kurangnya bagi yang sedar, hanya mampu menangis dan berdoa untuk mereka. Kita tidak mampu bangkit mengangkat pedang menentang golongan kafir sepertimana Mus’ab bin Umair melindungi panji Islam. Kita lalai dengan zon selesa yang diberikan dan tidak sedar bahawa zon selesa boleh bertukar menjadi zon ‘merah’ secara tiba-tiba.

Perang saraf yang dirancang berjalan dengan lancar sehingga mereka mampu menyebabkan kita mengubah huruf alif ‘ا’ kepada huruf ‘A’ dan penindasan terhadap orang islam dikatakan perkara rutin. Mata ini hanya mampu melihat anak-anak kita disepak-sepak, gadis-gadis kita diratah-ratah dan pemuda-pemuda kita di’anjing-anjing’kan oleh golongan yang dahulunya pernah menuntut ilmu dari kita, menjadikan kita sebagai ikutan dan contoh pada zaman Abbasiyah. Saksikanlah! Bagaimana keadaan kita pada zaman ini! Sungguh! Apabila dikatakan perkataan Islam pada mereka, ‘Cis! Ajaran pengganas!’

Persoalannya, bukan “Mengapa terjadinya perkara ini?”, tetapi “Bagaimana terjadinya perkara ini?”.


Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak.” Rentetan kewafatan Nabi Muhammad, bermulalah era umat akhir zaman. Islam berkembang pesat melalui pentadbiran berlandaskan syariah oleh Khulafa Ar-Rasyidin hingga ke Empayar Turki Uthmaniah. Langit tidak selalu cerah, pembai’ahan Kamal Attartuk iaitu seorang sekularisme, membezakan antara dunia dan akhirat, sebagai pemimpin Turki, menamatkan kegemilangan umat Islam dengan pemansuhan sistem khalifah, pengubahan bahasa Arab dan pengharaman pemakaian hijab. Maka, bermulalah era penderitaan umat islam.
jadi?kiter sebagai umatnya sama-sama berjihad di jalan allah..
jihad yang di maksudkan di sini ialah jihad seorang pelajar kerana mustahil bagi kiter untuk berperang di sana. jadi kepada kawan-kawan semua termasud diri saya marilah kiter berjihad di jalan yang benar ini. jauhilah benda yang haram dan dimurkai allah walaupun banda itu tidak nampak.fikir-fikirkanlah.... renung-renungkanlah....

Friday, November 28, 2008

assalaimualaikum kwn2 semua...
SELAMAT BERCUTI di ucapkan.Harap cuti ni kiter semua dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
emm today?lastly i get finish my poem.he2.im very hepy n proud about my self..first, i think i want read my favourite book that i means is novel.but when i open my laptop i go to "berita harian online", and i see more news about many human in the world waste their life especially the teneeger.i hope ur all understand what i means. huhu almaklumlah saya x berapa pandai bahasa org putih ni.huhu so tetiba je saya dapat idea untuk tulis puisi ni.puisi ni dpt di tulis dlm masa 20 minutes je kot kalau x silap saya..tp x tahu la betul ke x?nk tahu kena tny a.samad said dulu la.huhu ok my friends....hope after u all read my poem?u can comen about it..


MANUSIA YANG ALPA
Mendung yang berarak tidak selalunya berpanjangan,
Awan berarak
tidak siapa yang tahu,
Begitulah
kehidupan manusia yang sering terleka,
Agama, adat, budaya tidak lagi dihiraukan,
Perjuanagn nenek moyang suatu ketika dahulu di sia-siakn,
Begitu
juga nasihat berguna bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Riang gembiran sang murai berkicauan,
beterbangan keluar mencari makanan,
Seriang si anak-anak muda keluar mancari keseronokan,
Air kencing syaitan bagaikan air sirap,
Perempuan
-perempuan bagaikan pakaian yang boleh ditukar ganti,
Muzik yang rancak menghiburkan hati,
Bersorak riang bagaikan nak rak,
Dosa pahala tidak diendahkan lagi.

Di sangkakan panas yang berpanjangan,
Rupa-rup
anya gerimis mengundang tanpa di duga,
Sepuluh jari di angkat memohon keampunan,
Sehingga langit kedulapan pun tiada siapa yang dengar,
Begitulah manusia yang selalu alpa,
Alpa dengan keasyikan dinia.


Monday, November 10, 2008

kehidupan....

emm..indahnya hidup ini jika kiter betul2 menghargainya dan mengunakannya dgn sebaiknya... hidup ini jika blh di ibaratkan sebagai ombak di lautan..trus menerus mengalir tnpa ada yang mengawalnya..begitu juga kita manusia bebas ke sana ke sini tanpa tujuan,tapi INGAT??? manusia ada peraturan dan undang-undang.begitu juga dgn ombak..jika ada yang menghalang laluan arus dia akan berubah arah..jika kita kaitkan dengan manusia?manusia selalu jer terpesong dari landasan yang sebenar jika tiada kekuatan iman.lebih-lebih lagi jika remaja.zaman remaja memang indah.semua nya indah.tapi ingat zaman inilah yang menentukan kita arah tuju hidup yang sebenar..hahahha ok sambung mula-mula plok..tata

Tuesday, August 26, 2008

renung-renungkanlah..


kebaikan itu terhimpun dalam 4 perkara: percakapan, diam, pandangan, gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia2. Tiap2 diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka. Tiap2 pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai dan tiap2 gerak yang tidak disertai dengan p'hambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakkur. pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai p'hambaan dan drpd lisan serta tangan manusia mndpt kesejahteraan.