Tuesday, September 28, 2010

survival laut dan penghayatan warisan..

tempat:pulai bidong terengganu
tarikh: 20-22 september 2010

sebelum bertolak pulai bidong..komplek skn UMT

malam kebudayaan..thankz pd team KETAM iaitu ejad(suara latar 1),angah(sultan bob malley carlifonia),fatin(permaisuri),aini(pak guard 1),pok chek(hang lekiu),kak long(dayang 1),sha(pak guard 2),fifa(dayang 2),naqib(hang lekir),mamad(suara latar),letto(bibib penyebok),revin(hang tuah),jan...ggot(hang jebat) dan ahmed akmal(datuk bendahara)...huhuhuhu..
memancing..kumpulan ketam no 1 dgn kutipan ikan 116..yihuu
aktiviti mse lapang..pokcek kna timbus..
selepas snokling...keindahan dasar laut yg sgt menajubkan..sgt best krn dpt lht dgn mata ksar..


berkayak..my partner is andak..huhu berkayak di lautan..best2..

sebelum pulang...kump ketam..menang memancing dan grup plg ceria..

dah habis.....thks..rindu korangg..sgt best..andai kate diberi peluang aku ingin pergi lg plai bidong. ingin brbulan madu..ngeh2..

Monday, August 30, 2010

contoh sajak tempat ke-2 sempena festival kemerdekaan 2010

KAU MUNCUL LAGI

Merdeka,

Kali ini kau muncul lagi,

Muncul di bulan yang penuh barakah,

Tangan diangkat tanda kesyukuran,

Mengadap langit yang kedulapan.

Merdeka,

Kau mambawa 1001 erti,

Erti sebuah sejarah anak bangsa,

Berdiri menjunjung warisan pertiwi,

Demi menerusi perjuangan para pahlawan.

Merdeka,

Kau umpama bapa kebebasan,

Anak bangsa bebas di tanah pejuang,

Bebas daripada derita tumpah darah,

Ayuh! Anak bangsa bangkitlah dari lena,

Membela nasib negara tercinta.

Merdeka,

Kau umpama embun di pagi hari,

Tanpa disedari kau telah berusia 53 tahun,

Mencanai istilah warisan pertiwi,

Memberi sejuta harapan,

Menahan pundak kedamaian,

Demi tanah melayu tercinta.

Merdeka,

Kau lahir 31 ogos 1947,

Tersemat dalam kamus peradaban bangsa,

Lantas,tersenyum riang di bumi warisan,

Merdeka!merdeka!merdeka!,

Laungan keramat anak bangsa,

Itulah kau kemerdekaan.

Hasil nukilan,

NAMY_10

Sunday, August 29, 2010

juz sharing


Add Image


Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

UMAT Islam kini 18 hari menunaikan puasa Ramadan. Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya.
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

# Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

# Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

# Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

# Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
# Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

# Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
# Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

# Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

Syarat sah iktikaf:

Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.
Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
Perkara yang membatalkan iktikaf:

# Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

# Murtad.

# Hilang akal kerana gila atau mabuk.
# Datang haid atau nifas.

# Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Perkara yang sunat dilakukan.

# Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
# Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

# Perkara yang harus dilakukan.

# Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
# Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. ,

serius nie???

cube kiter tgk gambar 2 ekor burung ini??apa yg anda fikir????sedang dating kah??
kemudian dua ekor angsa ini???kenapa mereka saling x berpandangan??nk jaga pndangan ker??mungkin??fikirkanlah??
then??dua pasang couple ini???saling berpelukan??mungkin musim sejuk kot mse tue??dh khwin kot??think +ve..

pada suatu mlm yg pnuh keheningan.. serius x thu nk stat nie..tgah2 bt asgment dgn team member..
tibe2 ader stu couple duduk d dpn aku n satu meja dgn aku??sbb nyer meja yg aku duduk ni ksg lg..

masa:around10.30pm
tempat: area ump(secret)

serius rse nk marah nie??ader ker aku tgh dk bt asgemnt blh la dua org si couple ni dtg n duduk dpn aku..dk brtempuk tampar dpn aku??ni kes serius...serius geram nie...dk gelak2 tarik2 beg..tepuk2 bahu laki..awk?cube awk tgk yg ni mcm mne nk kire?wak yg ni plk?wak tgk la dlu lps tu bgthu sy??wak x nk mkn lg ker kuih nie??sbr la sy nk siapkn krj nie???adoi aku dk kt depan ni mcm nk meluat dh??..
adoi brikanlah kekuatan kpd hambamu ini utk brsabar..

serius dh la bt bnde dpn aku if blkg aku ok la skit..Allah jer yg thu....
duduk stu meja plk tue..dh la aku yg dtg dlu..adoi tnsion rse..dh la bln2 puasa nie..nsib bek aku pki earfon if x lg la skit telinga aku ni dk dgr diarg dk ckp entah aper2..tp dpn diarg ader buku n lptop..dscusion kot..tp discusion ker(ayt perli disitu)..
sdr dri la wahai si couple..emm nk tegur ke x nie??
tegur kn nt aper plk diarg kter??aku ni sape??lyakkah aku nk tgur diarg??aku bkn nye alim brtudung lbuh.. diarg ader lg dpn aku nie..aku tls bnde ni mse tgh membara nie..
Abul-Laits berkata: "Seorang yang akan menjalankan amar maruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu:
  1. Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti maruf dan mungkar

  2. Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kerana agama Allah s.w.t.

  3. Kasih sayang kepada yang dinasihati, dengan lunak dan ramah tamah dan jangan menggunakan kekerasan sebab Allah s.w.t. telah berpesan keppada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. supaya berlaku lunak kepada Fir'aun

  4. Sabar dan tenang, sebab Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: "Wa'mur bil ma'rufi wanha anilmunkar wash bir ala maa ashabaka." Yang bermaksud: "Anjurkan kebaikan dan cegahlah yang mungkar dan sabarlah terhadap segala penderitaanmu."

  5. Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dicemuh orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada ayat yang berbunyi: "Ata'murunannasa bil-birri watansauna anfusakum." Yang bermaksud: "Apakah kamu menganjurkan kebaikan kepada orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri."



bkn jelus ni kwn2..tp meluat tgk si couple ni..aku pn slp x tgur..tp mcm mne nk tgur??dh la si laki couple ni besar..aku x tkut pn sbnrnyer sbb diarg mcm bdk thn 1 je aku tgk..
emm masih membara nie telinga aku dk dgr diarg gelak tawa..nikah la wei si couple nk brtepuk tmpar gak..(ayt mrh disitu)..hehe
mcm mne erk kwn2 nk setle bnde nie??siapa yg hrus dipersalahkan???? semakin hri semakin byk isu2 couple yg melibatkan mslh sosial d kalangan remaja..isu helwa x setle2 lg..inikan nk selesai mslh couple....
DLM SATU HADIS ADER MEMBERITAHU:
"amar ma'ruf nahi mungkar"
jika kamu tdk boleh tegur kesalahan itu dgn tangan maka gunalah mulut.jika tdk boleh juga gunalah hati iaitu doa..

semoga Allah shja yg mengetahui sgala2 nya n berikan lah petunjuk kpd mereka yg alpa ini trmasuk diriku ini..


Thursday, August 26, 2010

kerana satu article..

Tiada kata yg dpt ku ungkapkan ptg nie..inilah ksh seorg pljr thn 3 ump..
brkat hr ke-16 ramadhan ku dpt satu petunjuk dr Allah..dan trima ksh kpda si dia krna mnyedarkan aku tntg ini..slma ini aku mmg slp..alpa dgn dri sndiri..
brdakwah ke situ ke sini tp dri sndiri msh tdk thu..

Ya Allah ampunilah dosa2ku krn melakukan kesilapan seumpama ini..

kesilapan yg rmi ummat islam tdk sedari bhwa ia nya sekadar angan2 semata-mata..
dunia semata-mata..
fikirkanlah wahai ank muda skrg..
sbnrnye pengakuan ini hdr tnpa disedari..

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya brterus trg dgnnya..alhamdulillah dia sgt memahami..trima ksh skali lg kpd nya krn mengingatkan sy tntg ini..

"Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi sy redha krn sy thu air mata itu adalah air mata penyesalan dan smga Allah mengetahui niat ummatnya..

Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.kata seseorg kpdku suatu hri dulu..

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa."(ayt dlm stu article)..

tetapi itulah hakikat yg tersemat d dlm hti sy..sy bebas tnp apa2 ikatan..lbh tng utk mncri ilmu allah dan aku ykin dgn jdoh tuhan..

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, andai kata dia lah jdoh ku suatu hri nt aku kuterima nya dgn seadanya dan dialah sebaik2 tmn sehidup sematiku..insyallah..Allah segala-galanya..akn ku tgu lamaran nya..

dan kepadanya ku harapkan dia mnjadi seorg seorang lelaki yg didambakan di syurga suatu hri nt.. akan kudoakan kita sama2 brjaya dlm apa yg diimpikan..tutp lembaran lama bukak lmbaran baru..dan kita bebas drp stu kesilapan bsr dan blh mnjalani hdup sebgai seorg briman..dan kita juga blh mnjadi kawan dlm islam..bertemu dan berpisah kerana Allah..

trima ksh Ya Allah krna Engkau adalah sebaik2 pencipta..

inilah ksh yg diceritakan drpd pljr thn 3 ump..

....stu ksh yg membawa seribu erti dlm hdup dia...

....smga kita semua tabah dlm mghdapi kehidupan....

Thursday, August 19, 2010

suami vs isteri

assalaimualaikum dan salam ramadhan diucapkan..
setelah 9 hari ummat islam berpuasa pelbagai dugaan yang telah dilalui..stiap orang mempunyai matlamat dan impian msg2..jadi diharapkan bulan ramdhan kali ini kiter semua dapat prtingkatkan diri kpd Allah.semoga kiter berjaya menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujungnya.

namun,hakikatnya dunia hari ini digemparkan dgn pelbagai isu dan masalah.samada masalah rumahtangga,masalah negara dan sebagainya..dsini sy nk kgsi sedikit perkongsian berkenaaan isu rmhtangga.
baru-baru ini negara kiter digemparkan dgn masalah rmhtangga yg sgt teruk dan sgt menyanyat hati.sebagai mahasiswa peduli kiter tdk blh melepaskn tgn bgitu shja brkenaan isu ini.
antara isu-isu yg sgt sedih didengari spnjg bln ramadhan ialah

1)isteri mati ditetak suami sndiri yg mengalami mslh mental,sejurus selepas itu suami ditembak mati oleh polis demi keselamatn org ramai,manakala anak brusia 12 thn putus jari dan cedera teruk akibat didera oleh bapa td dgn objek objek tajam...(masyaAllah dasyatnyer kes ini)..pasangan ini mempunyai 2 org ank prmpuan.bygkn nsb ank2 ini yg khlgan ayh ibu.

2)isteri cedera parah retak tlg belakang dilibas dgn kayu baluti oleh suami gara-gara memberi pendapat menyuruh suami mghntr motosikal majikannya.

3)dua org anak meraung kesakitan akibat disimbah cuka getah oleh bapa sndiri yg hlg kewarasan.

4)wok teruji lagi.itulah tjuk akhbar mgu ini.seorg prmpuan tua yg brumur 107 trpaksa mghbskn duit smpnan rm2000 gara2 utk ikt jamin suami(38 thn) yg d thn di pnjara krn disyaki menyimpn dadah dlm bdn.

5)Cemburu melihat isterinya berbual dengan sepupu lelaki, seorang buruh bertindak kejam apabila menoreh muka, bahu dan mulut pasangannya itu sehingga mengakibatkan mangsa berlumuran darah di Kampung Jeram Batu, dekat Kuala Lipis.

inilah berita2 yg brlaku dlm berita harian metro mgu lps spnjg bln ramadhn.


jadi apa yg sy nk katakan disni ialah..siapa yg hrus dipersalahakn dlm hal ini???
apa yg sy nmpak ialah kes ini byk di sbbkan oleh si suami@seorng bapa@seorg lelaki yg perlu mnjaga keluarga.tapi hakikatnya skrg rmi lelaki skrg yg tdk brguna dan menyusahkan kaum wanita..tp x semua la..ader yg btul2 baik dan blh dipercayai..

wahai wanita sedarilah kalian semua bhwa kita kaum hawa yg lemah jgn lah mdh sgt trpedaya dan terpengaruh dgn lelaki.bagi wanita pilihlah lelaki2@suami2 yg teguh keimanan dan ketaqwaan kpd Allah.rupa paras tdk pntg.yg pntg keimanan dan ilmu yg penuh di dada..

emm sbnrnyer sy amt sedih la mndgr isu2 seumpama ini..jadi di blogger ini lah dpt sy luahkan sbgai sharing kiter brsama..

setakat itu sahaja...
sekian..

Monday, August 9, 2010

Ya Allah jika aku jatuh cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…
Dunia nie adlh p'hiasan..
dan s'bek2 p'hiasan adlh wanita SOLEHAH
-may Allah bless-