Monday, August 30, 2010

contoh sajak tempat ke-2 sempena festival kemerdekaan 2010

KAU MUNCUL LAGI

Merdeka,

Kali ini kau muncul lagi,

Muncul di bulan yang penuh barakah,

Tangan diangkat tanda kesyukuran,

Mengadap langit yang kedulapan.

Merdeka,

Kau mambawa 1001 erti,

Erti sebuah sejarah anak bangsa,

Berdiri menjunjung warisan pertiwi,

Demi menerusi perjuangan para pahlawan.

Merdeka,

Kau umpama bapa kebebasan,

Anak bangsa bebas di tanah pejuang,

Bebas daripada derita tumpah darah,

Ayuh! Anak bangsa bangkitlah dari lena,

Membela nasib negara tercinta.

Merdeka,

Kau umpama embun di pagi hari,

Tanpa disedari kau telah berusia 53 tahun,

Mencanai istilah warisan pertiwi,

Memberi sejuta harapan,

Menahan pundak kedamaian,

Demi tanah melayu tercinta.

Merdeka,

Kau lahir 31 ogos 1947,

Tersemat dalam kamus peradaban bangsa,

Lantas,tersenyum riang di bumi warisan,

Merdeka!merdeka!merdeka!,

Laungan keramat anak bangsa,

Itulah kau kemerdekaan.

Hasil nukilan,

NAMY_10

1 comment:

Anonymous said...

menang sbb lain nie... hehehe...
tp sero bersemangt jugak nie.. merdeka2..
selamat hari raye maaf zahir dan batin..